" TOKOH BAHASA KEBANGSAAN "

Pendeta Zaba'

Hai Welcome Here


" "Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya." - Za'ba "

We can chatting here





KESIMPULAN}
Sunday 20 September 2015 | 07:17 | 0Comment


             Konklusinya , kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar melalui perjuangan seorang tokoh , memandang perjuangan tokoh tokoh kita sebagai motivasi diri untuk mencontohi mereka . Bukan bermaksud kita perlu mengikut setiap satu langkah mereka tetapi menjadikan kisah mereka sebagai pendorong kita dalam mengingkatkan usaha untuk berjuang demi negara . 

                                                                       Terima kasih 

SEMANGAT PATRIOTISME}
| 07:04 | 0Comment

    Seperti yang diketahui umum pendeta Za'ba telah banyak menyumbang kepada negara kita . minatnya yang mendalam terhadap bidang penulisan ini sedikit sebanyak telah membantu mengharumkan nama Malaysia apabila beliau menerima pelbagai jenis anugerah dari dalam mahupun luar negara . 

        Melalui sumbangan beliau rakyat Malaysia kini boleh menjadikannya satu contoh yang baik dalam usaha meningkatkan nama Malaysia di persada dunia  . Antara semangat patriotisme yang dapat kami lihat melalui kisah hidup pendeta Za'ba ini adalah semangat beliau dalam memperjuangkan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu . Anak anak remaja masa kini boleh mengambil iktibar melalui kisah perjuangan beliau . 

             

        
     
        Seterusnya , ketika melangkah dalam era globalisasi kini anak anak muda semakin rancak menggunakan bahasa melayu yang salah . Kebanyakan mereka lebih gemar menggunakan bahasa inggeris , atau bahasa melayu yang agak kurang disenangi . Justeru itu , kisah perjuangan pendeta Za'ba ini boleh dijadikan punca kenapa kita perlu menyintai negara kita . Beliau mempamerkan usaha yang keras dalam memperjuangkan sesuatu ketika zaman penjajahan lagi . beliau turut mempamerkan semangat patriotisme yang sangat tinggi .


         antara buku karangan Za'ba            

DOKUMENTARI}
| 00:11 | 0Comment

DOKUMENTARI 


EDIT BY MOVIE MAKER




BIODATA PENDETA ZABA'}
Tuesday 15 September 2015 | 00:38 | 0Comment

Zainal Abidin Bin Ahmad
Zaaba.jpg
Za'ba
Kelahiran16 September 1895
Batu KikirJempolNegeri Sembilan, Malaysia
Meninggal dunia23 Oktober 1973 (umur 78)
Nama lainZa'ba
OrganisasiKongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Terkenal keranaAhli akademik dan penulis
Gerakan politikGerakan Akademik Malaya
AgamaIslam

SUMBANGAN}
| 00:24 | 0Comment

SUMBANGAN PENDETA ZABA'

  1. Mendapat gelaran pendeta.Satu-satunya gelaran di Malaysia. Gealaran diberi sebagai satu pengiktirafan sumbangan zaba' dalam bidang bahasa dan sastera.
  2. Buku-buku bahasa karangan beliau, menjdai teks pegangan sejak sekian lama bagi peringkat tatabahasa. Bahasa Melayu antara buku terpenting.
  3. Beliau tidak terlibat dalam politik tetapi nama beliau tetap terpahat sebagai salah seorang pencentus UMNO. 
  4. Penglibatannya bermula pada tahun 1945, beliau dilantik sebagai yang DIPERTUA Persatuan Melayu Selangor (PMS)
  5. Melalui PMS, beliau turut berjuang menentang gagasan Malayan Union.
  6. Zaba' mencadangkan nama UMNO itu dengan menambahkan perkataan Nasional bagi menggantikan United Malays Organization (UMO) cadangan oleh Dato' Onn Jaafar.
  7. Beliau sama- sama menggubal perlembagaan parti.


ANUGERAH YANG TELAH DITERIMA OLEH PENDETA ZABA'

21 SEPTEMBER 1956


Menjadi Pengerusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ke-3 di Istana Besar Sultan Johor Bahru dan telah diangkat untuk menerima gelaran Terhormat "PENDETA".

1959

Ijazah Kehormat "Doctors of Letters" oleh Universiti Malaya. Pada masa ini juga Za'ba menjadi ahli rasmi Lembaga Pengelola iaitu kuasa tertinggi di Dewan Bahasa dan Pustaka.

6 JUN 1962

Anugerah Pingat Panglima Mangku Negara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-3yng membawa gelaran Tan Sri. Sebelum itu, Za'ba pernah menolak Pingat Mangiu Negara pada tahun 1958 dan Bintang Kebesaran Brunei pada tahun 1960.

23 JUN 1973

Ijazah Kehormat Doktor Persuratan (D.Lit) oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. 

PENGENALAN}
Monday 14 September 2015 | 23:12 | 0Comment

Kami ditugaskan untuk membuat tugasan berkumpulan untuk menyemai semangat patriotisme dikalngan pelajar di ipt.


Kami telah sebulat suara untuk memilih tajuk "mencintai bahasa semai patriotisme" untuk tugasan kami kali ini. 
Za'ba atau nama sebenarnya adalah Zainal Abidin Bin Ahmad merupakan tokoh bahasa yang muncul sebagai cendiakawan Melayu yang dihormati  sejak tahun 1920-an lagi.Sepanjang kerjayanya selama hampir 40 tahun, kegiatan Za'ba banyak ditumpukan ke arah memajukan bangsa dan bahasa melayu.Ketokohan Za'ba juga amat terserlah dalam bidang politik, ekonomi, keagamaan dan pendidikan. Anak kelahiran Negei Sembilan ini mendapat gelaran Pendeta kerana meiliki intelektualan yang tinggi dengan menekankan keempat empat bidang yang dinyatakan 
Sehingga ke hari ini, nama Za'ba terus menitisegar dibibir masyarakat bersama perjuangan yang ditinggalkannya walaupun pada zaman yang bebeza. Sehubungan dengan itu, pameran ini adalah bertujuan untuk mengahapuskan pemikiran Za'ba ke arah pembentukan masyarakat ang mempunyai jati diri dan berwawasan dalam merealisasikan sebuah negara yang mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang dan mampu bersaing dengan negara-negara lain bersama-sama kepesatan era globalisasi, Adalah diharapkan blog ini yang bertemakan "mencintai bahasa semai patriotisme" ini dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak, khususnya oleh penyeidik, cendiakawan, pelajar dan masyarakat umumnya.